Panduan Membasuh
- Jangan sesekali membasuh fabrik Batik dengan mesin basuh .Memadai dengan basuhan lembut, seeloknya basuhan tangan.
- Elakkan menjemur terus di bawah sinaran matahari kerana warna & teksturnya akan lebih mudah terjejas.
- Rendam selama 30 minit-1 jam di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit shower gel@shampoo .Anda juga boleh mengunakan pencuci batik sutera khusus yang terdapat dalam pasaran.
- Bilas dengan air bersih, elakkan memerah.
- Gantung pada penyangkut baju secara terbalik,dan biarkan kering sendiri.
Panduan Mengosok
- Elakkan menggosok batik sutera pada suhu yang tinggi.
- Gosok Batik Sutera dengan suhu sederhana @ pilih 'silk' pada iron anda. Semburkan dgn air untuk memudahkan lagi menggosok Batik Sutera.
- Anda boleh juga Seterika dengan suhu rendah sebelum kain betul-betul kering.Kedutan pada batik sutera lebih mudah digosok
- Yang terbaik Semasa mengosok, pastikan anda guna seterika yang ada wap/stim bagi memudahkan kerja anda
Panduan Penyimpanan
- Elakkan daripada melipat batik sutera, ini bagi mengelakkan kesan lipatan jika terlalu lama disimpan.
- Gunakan penyangkut baju bagi mengurangkan terjadinya kedutan
0 comments:
Post a Comment